Seni Visual

Seni Visual/Tampak merujuk kepada seni kraf, seni lukis, seni ukir, seni bina dan sebagainya.

Visual atau Tampak secara terminologinya bermaksud boleh dilihat atau disentuh. Jadi yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia bukan setakat dilihat tetapi ia perlu difahami maksudnya atau sekurang-kurangnya teknik membuatnya, siapa membuatnya, mengapa ia dibuat, apa fungsinya, apa rujukannya, apa ideanya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi pula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun bertulis.

Proses apresiasi ini pula melibatkan penggunaan laras bahasa tampak tertentu seperti unsur-unsur seni (garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan, dan warna), prinsip rekaan (harmoni, kepelbagaian, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan/irama/rentak/pengulangan, kesatuan dan ekonomi), bahan dan alat, teknik dan gayaan, terminologi dan simbol. Komunikasi akan menjadi lebih berkesan jika laras bahasa ini dikuasasi sepenuhnya oleh individu atau masyarakat.



Rujukan (Sila Klik)

Bahasa Seni
Dokumen Standard Seni Visual Tahun 3
Buku Panduan Seni Visual Tahun 3
4 Bidang DSV

1 comment:

  1. setahu saya ,visual juga boleh dikatakan LIHAT.jadi seni visual dikatakan sebagai seni yang boleh kita boleh lihat.

    ReplyDelete