A. Terancang
1. Lipatan dan Guntingan
Teknik ini menggunakan cara melipat seterusnya menggunting bahagian tertentu yang dirancang corak den rekaannya. Antara susunan bagi teknik ini ialah susunan ulang sekata dan susunan beralun.
2. Cetakan
Satu proses kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Cetakan juga bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan tertentu seperti kertas, kain dan sebagainya.
B. Tidak Terancang
1.Tiupan
Teknik tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin. teknik tiupana angin ini senang sahaja dan amat menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang ) kita boleh juga menjadikan teknik ini sebagai menggambar. Contohnya seperti membuat ranting-ranting katu atau pokok yang rendang. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah straw, kertas lukisan dan warna poster buncho
2. Pualaman
Teknik pualaman digunakan untuk menghasilkan corak bercat diatas kertas. Corak yang dihasilkan dengan menggunakan teknik ini boleh digunakan untuk membuat kraf tangan, penanda buku, bingkai foto, kulit buku dan sebagainya.
3. Ikatan dan celupan
Teknik mencorak menggunakan ikatan dan celupan juga dikenali sebagai batik pelangi. Dalam teknik ini prosesnya tidak menggunakan lilin hanya membuat ikatan pada kainmengikut kreativiti tertentu dan mencelupkannya ke dalam pewarna.
Tolong beritahu saya bagaimana nak membuat penanda buku menggunakan teknik terancang
ReplyDeletetolong beritahu saya bagaimana nak buat penanda buku teknik x terancang (tiupan)
ReplyDeleteBolehkah pualaman dibuat berasaskan kanji sama seperti suminagashi .. saya x buat pualaman berasaskan minyak/thiner sebab baunya x elok utk.knk2 pra
ReplyDelete