Kraftangan

(I)Arca

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.
                                              





(II) Anyaman

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Jenis-jenis Anyaman
 
Jenis Anyaman
Bahan
Hasil anyaman
Anyaman Mengkuang
Daun mengkuang
Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
Anyaman pandan
Daun pandan duri
Tikar sembahyang, hiasan dinding,
Anyaman Buluh
Jenis-jenis buluh yang sesuai
Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
Anyaman Rotan
Rotan yang telah diproses
Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
Anyaman Lidi
Lidi kelapa
Lekar, bekas buah, bekas telor.
Anyaman ribu-ribu
Paku pakis ribu-ribu.
Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.








 

(III) Seni Kriya 

Seni Kriya disebut juga (Handycraft) yang berarti kerajinan tangan. Yang mana seni kriya ini dapat dikatagorikan sebagai seni terapan (applied art) yang meinitikberatkan pada aspek keindahan dan kegunaaanya. Yang berarti seni kriya ini adalah seni untuk memenuhi kebutuhan manusia yang menonjolkan aspek estetika atau keindahan dan juga use atau keugunaanya untuk kebutuhan sehari-hari.

- Seni Kriya adalah handskill atau seni yang dibuat dengan kerajinan tangan dengan memperhatikan aspek fungsional (kegunaan/siap pakai) tetapi tidak meninggalkan aspek keindahan seni itu sendiri.





(IV)  TEMBIKAR 

Tembikar ialah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat.
•Ia dikeringkan dengan cara mendedahkannya di bawah pancaran matahari, dan dibakar secara dedah atau dalam tanur.
•Seni tembikar wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu.
•Bukti penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di Perlis, Ulu Tembeling di Pahang,Bukit Tambun di Perak dan Gua Niah di Sarawak.
•Tembikar digunakan dalam upacara perubatan atau upacara pertabalan Sultan, alat pengebumian di Sarawak dan Sabah selain daripada kegunaan harian.


3 comments:

  1. gambar arca yang ada gigi tu sungguh kreatif.

    ReplyDelete
  2. Sesetengah hasil kraftangan yang ditunjukkan menarik hati saya. Teruskan usaha anda memperkenalkan lebih banyak lagi jenis kraftangan yang lain.

    ReplyDelete
  3. Arca bergigi... cute..mahu gosok gigi agaknya!

    ReplyDelete