Menggambar

Jenis-jenis Lukisan  

1. Catan
  • Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan.
  •   Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya.Berus,pisau lukis dan sebagainya. 


2. Kolaj

  • Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.
  •  
3. Montaj
  • Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.
  • Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.
Video Montaj 



 3. Gosokan
 
  • Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
  • Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.

4. Cetakan
  •  Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat.
  • Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambil kira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.
5. Resis
  •  Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.
  • Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas
  • Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.
  • Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik. Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut. Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.

 6. Mozek
  • Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata.
  • Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.
  • Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.


2 comments: