Seni Muzik

PDFPrintE-mail
Terdapat 7 konsep muzik yang utama iaitu irama, melodi, warna ton, bentuk, harmoni, teksur dan ekspresi.

A. Irama
Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik.

a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil.
b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek.
c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter.
d. Beat-beat mempunyai tekanan.
e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang.

Simbol Verbal :
Irama detik not dan tanda rehat meter tekanan corak irama, ostinato, rentak.

B. Melodi
Melodi merupakan susunan pic secara melintang.

a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana.
b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan mendatar.
c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat.
d. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau  
    rangkaian pic.
e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu.
f. Pic boleh disusun secara berurutan.
g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu.

Simbol Verbal :
Melodi skel (major,minor,pentatonik) frasa lagu / melodi sekuens nada

C. Warna Ton
Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri.
Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri dibuat daripada bahan-bahan tertentu dibuat,cara dibuat dan dibunyikan.

Simbol Verbal:Alat suara - manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi dll. perkataan deskriptif ton - gelap , cerah , padat , garau, kasar suara - soprano ,alto ,tenor dan bes Keluarga alat muzik - membranofon, aerofon , kordofon dan idiofon.

D. Bentuk
Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton.
a. Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu idea.
b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih besar.
c.Segmen muzik (motif, frasa, seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan.
d. Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan.

Simbol Verbal :
Motif frasa seksyen, koras, rangkap ABA , berulang, kontras intro, koda

E. Harmoni.
Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak dan dinyanyikan/dimainkan serentak.
a. Dua pic boleh dibunyikan serentak.
b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak.
c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan serentak.
d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni.

Simbol Verbal :
Harmoni jeda triad tonik/kord round, polifoni, deskan,kaunter melodi kord iringan homofoni

F. Tekstur / Jalinan
Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar.
a. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau satu / teba atau banyak.
b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni.

Simbol Verbal:
Solo duet trio quartet orkestra monofoni homofoni polifoni

G. Ekspresi
Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang mengandungi satu ekspresi ide muzik.
a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut.
b. Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.
c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan, dilicinkan dan dipendekkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.
d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan.
e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud.

Simbol Verbal :
Dinamik Volume cerscendo diminuendo susutain, legato, staccato cepat, lambat
mud - riang, tenang, cemas, cergas.













 

2 comments:

  1. Tambahan harmoni pada sesebuah lagu akan menjadikannya lebih sedap apabila didengar.

    ReplyDelete